LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH
LOGO SEKOLAH

Wednesday, 13 July 2011

PIAGAM PELANGGAN SMK TAEE

SMK TAEE berikrar dan berjanji akan memberi perkhidmatan yang memuaskan keperluan pelajar, staf, ibu bapa dan "stakholder" berdasarkan piagam pelanggan yang tertera di bawah:

1.0 KEPADA PELAJAR
      1.1 Memastikan semua pelajar baru didaftarkan pada hari pertama persekolahan
            dalam masa dua jam.
      1.2 Memastikan semua pelajar ditempatkan di kelas masing-masing pada hari
             pertama persekolahan.
      1.3 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan pada hari pertama
             persekolahan.
      1.4 Memastikan pelajar mendapatkan resit pada hari yuran dibayar.
      1.5 Memastikan semua aduan pelajar diambil tindakan dalam masa dua minggu.
      1.6 Memberi peluang dan layanan yang mesra dan adil kepada semua pelajar.

2.0 KEPADA STAF
      2.1 Memastikan pendaftaran dan pengurusan gaji guru dan staf sokongan baru
            diurus pada hari pertama bekerja di sekolah.
      2.2 Memastikan guru dan staf sokongan diberi taklimat yang jelas tentang diskripsi
            tugas pada minggu pertama bekerja di sekolah.
      2.3 Memastikan semua staf mendapat latihan kompetensi sekurang-kurangnya
           sekali setahun.
      2.4 Memastikan kebajikan staf dijaga dengan baik.
      2.5 Memastikan semua pandangan dan teguran yang membina daripada semua
            staf didengar dan dipertimbangkan.
      2.6 Memastikan semua aduan daripada staf diambil tindakan dalam masa dua
             minggu.

3.0 KEPADA IBU BAPA/PENJAGA
      3.1 Memastikan semua ibu bapa/penjaga mendapat maklumat tentang pencapaian
            anak-anak mereka dalam bidang akademik selewat-lewatnya tiga minggu
            daripada tarikh terakhir peperiksaan.
      3.2 Memastikan semua ibu bapa/penjaga mendapat maklumat tentang pelaksanaan
            aktiviti sekolah sepanjang tahun secara bertulis.
      3.3 Memastikan semua ibu bapa/penjaga mendapat layanan yang mesra daripada
            staf sepanjang tahun.
      3.4 Memastikan semua ibu bapa/penjaga dibawa kepada staf berkenaan dan
            menyelesaikan urusan mereka dalam masa dua jam.
4.0 KEPADA 'STAKEHOLDER'
      4.1 Memastikan semua arahan dan permohonan daripada semua 'stakeholder'
            diberi repons atau diambil tindakan tidak lebih daripada seminggu dari tarikh
            penerimaan.
      4.2 Memastikan seorang staf bertanggungjawab untuk memberi khidmat kaunter
             yang mesra kepada semua 'stakeholder' yang berurusan dengan sekolah.

Sekiranya anda TIDAK berpuas hati dengan layanan kami, sila hubungi;

PENGETUA
SMK TAEE
KM 9, JALAN BAKI-RIIH,
94700 SERIAN,
SARAWAK

Tel: 082-878458
Faks:082-878815
     
    

     

No comments: