Bagi merealisasikan Visi SMK TAEE, maka Misi kami adalah seperti berikut:
( i ). Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum melalui pendidikan
berkualiti.
( ii ). Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam ko-kurikulum melalui latihan berstruktur.
( iii ). Untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berdisiplin melalui budaya penyayang.
( iv ). Untuk membentuk staf yang cekap dalam pengurusan pentadbiran melalui
pembudayaan kerja
berpasukan.
( v ). Untuk mewujudkan warga sekolah yang mengutamakan keceriaan, kebersihan dan
keselamatan sekolah
melalui budaya sedia berkhidmat.
( vi ). Untuk meningkatkan pemuafakatan sekolah sekolah dengan komuniti setempat
melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
SMK TAEE terletak di kaki Gunung Sadong yang megah dan menghijau. Kedudukannya adalah di kilometer 9 Jalan Baki-Riih, iaitu kira-kira 20 kilometer dari Bandar Serian dan kira-kira 60 kilometer dari Bandaraya Kuching.Sekolah ini mempunyai kira-kira 9 buah "Feeder Primary Schools" dengan majoriti pelajarnya terdiri daripada kaum Bidayuh. Sekolah ini diberi nama sempena nama kampung terdekat iaitu Kampung Taee disamping memudahkannya untuk dikenali oleh masyarakat setempat dan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment