SEKOLAHKU
Tersergam indah di kaki gunung
Berdiri megah kuat dan teguh
Tempat kami menimba ilmu
Itulah sekolahku
Berdisiplin dan berusaha
Supaya kita boleh berdikari
Pupukkanlah semangat muhibah
Amalkan nilai murni
Ch...
Kami murid SMK TAEE
Berikrar dan berjanji
Meninggikan taraf pendidikan
Ke arah kejayaan diri
Pendidikan dan kejayaan
Menjadi teras perjuangan kami
Kekalkanlah sikap perpaduan
Demi ibu pertiwi
Lagu/Lirik oleh: Cikgu Laum Rikes (1991)
SMK TAEE terletak di kaki Gunung Sadong yang megah dan menghijau. Kedudukannya adalah di kilometer 9 Jalan Baki-Riih, iaitu kira-kira 20 kilometer dari Bandar Serian dan kira-kira 60 kilometer dari Bandaraya Kuching.Sekolah ini mempunyai kira-kira 9 buah "Feeder Primary Schools" dengan majoriti pelajarnya terdiri daripada kaum Bidayuh. Sekolah ini diberi nama sempena nama kampung terdekat iaitu Kampung Taee disamping memudahkannya untuk dikenali oleh masyarakat setempat dan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment